Pages

Sunday, November 28, 2010

BM SPM 2010 Repeat??

heyya!..sebenarnye aku baru balek stadi dengan kawan-kawan
sekali dworg bagi tau aku,yang kertas Bahasa Melayu SPM2010 kene resit(ambil semula)

aku pikir2 balek pasal aku punye nota2 BM aku
coz buku tuh semua dah masuk kotak kitar semula
ye la,,BM dah amek,,buku dia peram buat ape kan,,

dengan hati yang resah,,lalu aku mencari ke Google.com
untuk tengok segala info2 berkaitan
ini hasil carian aku
KOTA KINABALU, Jumaat – Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bocor kerana siasatan yang dilakukan hari ini mendapati kertas soalan berkenaan difotostat selepas peperiksaan itu selesai.

Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pasukan penyiasat khas yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Bahagian Keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta pasukan polis sudah menjalankan soal siasat di Sekolah Menengah Seafield, Subang Jaya pagi ini. “Hasil soal siasat terhadap pelajar yang membuat dakwaan itu, tidak ada bukti berlaku kebocoran soalan dalam peperiksaan SPM tahun ini. “Sebaliknya, kertas soalan terbabit didapati disalin semula selepas peperiksaan mata pelajaran yang didakwa berlaku kebocoran itu selesai,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, siasatan lanjut diteruskan dan memberi jaminan tidak ‘menutup’ atau memberi perlindungan kepada mana-mana pihak sekiranya ada pihak yang membocorkan soalan sebelum peperiksaan bermula. Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pendidikan Sabah di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) di sini hari ini. Hadir sama ialah Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee; Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Dr Hasbullah Taha serta beberapa menteri dan pembantu menteri Kabinet negeri serta pegawai kanan kerajaan.

Semalam, sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Seafield Subang Jaya mendakwa kebanyakan soalan beberapa mata pelajaran dalam SPM tahun ini bocor dan mempercayai ia turut membabitkan beberapa sekolah di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka mendakwa kegiatan itu disedari sejak mereka mulai menduduki SPM pada 24 November lalu dan dihantar melalui faksmili beberapa jam sebelum peperiksaan bermula bagi memastikan kegiatan itu tidak dikesan pihak berkuasa. Pelajar terbabit mendakwa ada beberapa kertas soalan seperti Bahasa Melayu dan Sejarah mendapat permintaan yang tinggi dan dijual dengan harga RM4,500 hingga RM5,000 setiap satu.

Najib berkata, polis kini masih melakukan siasatan lanjut terhadap sekumpulan pelajar terbabit dan mungkin dikenakan tindakan disiplin serta undang-undang sekiranya didapati sengaja memberikan maklumat palsu. Menurutnya, dakwaan mengenai soalan bocor dianggap serius kerana ia membabitkan integriti sistem peperiksaan di negara ini. “Jika benar-benar berlaku kebocoran soalan dalam SPM tahun ini, ia bukan sahaja akan menjejaskan pelajar yang mengambil peperiksaan itu sebaliknya nama baik Malaysia kerana peperiksaan di negara ini diterima di seluruh dunia.

“Oleh itu, jika pelajar membuat dakwaan secara tidak bertanggungjawab, ia perlu dikenakan tindakan tetapi jika sebaliknya, mereka perlu dihargai,” katanya. Menurutnya, sebelum ini juga berlaku beberapa dakwaan mengenai soalan bocor, tetapi selepas disiasat ia didapati cuma soalan ramalan yang hampir tepat dengan soalan sebenar peperiksaan.

so dengan kata lain,kes ini baru disiasat,
tapi la kan,kalau la siasatan ini berhasil, then memang betol ade soalan BOCOR
kite kena repeat/resit la!

       OMG! korang nak ke repeat??

p/s:sebarkan pada kawan anda..jgn smpai kawan anda mnjadi ejen penyebar berita palsu!..
       mungkin akan didakwa!

0 comments:

Post a Comment

-